Rabu, 3 Mac 2010

Info Sains

JERING

Jika kita mendengar perkataan di atas, semestinya kita akan berfikir tentang makanan. Selain itu, kita juga akan mengaitkan jering dengan petai kerana kedua-duanya berada di dalam satu keluarga iaitu ulam-ulam yang popular di Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan kampung. Bagi sesetengah individu, dia menjadikan jering ini sebagai ulam kegemarannya. Tetapi ada juga masyarakat kita pada hari ini tidak mengenali apa itu jering khusunya anak-anak muda pada masa ini kerana mungkin di sebabkan persekitaran mereka yang tidak di dedahkan dengan ulam-ulam kampung.

Apabila kita mendengar ulam jering, mungkin sesetengah individu tidak pernah terfikir akan kelebihan jering kerana kita terlalu memandang keburukan pada jering. Sebagai contoh, mulut kita berbau apabila memakannya. Diri saya sendiri juga tidak terlintas untuk berfikir akan kelebihan yang ada pada Jering. Tetapi apabila saya membaca satu artikel di dalam Majalah Sains dan Teknologi (KOSMIK) keluaran November 2009, barulah saya tahu banyak kelebihan yang ada pada Jering.

Maklumat ini saya ambil dari majalah tersebut : Tulisan Mohd Nasir Mat Nor
Nama saintifik bagi Jering ialah Pithecellobium jiringa (jack) Prain berasal dari family Fabaceae, iaitu seangkatan dengan petai, turi dan kacang botor.
Kelebihan :
· Pada masa dahulu jering amat berguna kepada industru batik dan sutera tempatan. Hal demikian kerana ia merupakan sumber pewarna ungu semula jadi bagi mewarnakan kain. Namun sekarang ia telah diganti dengan pewarna tiruan.
· Daun jering yang telah tua amat berguna bagi merawat penyakit kulit dengan cara menumbuk lumat lalu dilumurkan di tempat yang berpenyakit tersebut.
· Biji jering di makan mentah sebagai ulam dan air rebusan jering juga di percayai mujarab bagi merawat tekanan darah tinggi dan kencing manis. Tetapi jika makan secara berlebihan ia akan mengakibatkan kesukaran membuang air kencing.


Menurut kajian yang telah dibuat oleh Lee dan pasukan penyelidikannya pada tahun 1999 yang di terbitkan dalam jurnal Fitokimia, kandungan sebatian utamanya ialah Flavan-3-ol-galat, galokatekin dan galokatekin3. Sebatian kimia ini dikenal pasti selepas menjalani ujian data Resonans Magnetik Nuklear ( NM), Inframerah (IR), Titik Peleburan, Ultra Ungu (UV) dan Spektrometri Jisim sebelum ujian seterusnya di jalankan telah terbukti secara tradisional dan saintifik keberkesanannya mencegah penyakit.

Dalam kajian antioksidan yang di lakukan oleh Vimala dan pasukan penyelidikannya pada tahun 1999 yang bertajuk “Aktiviti Antioksidan dalam Tumbuhan Perubatan dan Produk terpilih” mendapati ektrak methanol jering menunjukkan aktiviti antioksidan yang tinggi berbanding dengan ekstrak etanol dengan menggunakan kaedah penyingkiran super oksida. Kajian ini membuktikan bahawa jering mempunyaii nilai dalam aktiviti antioksidan dan ekstrak ini berupaya dikomersialkan dan mampu bersaing dengan antioksidan sintetik yang mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Selain itu dalam kajian antikanser pula ke atas sel, Raji dan KB mendapati ekstrak methanol menunjukkan aktiviti yang tinggi dalam melawan kanser daripada terus merebak. Kajian ini telah dijalankan oleh Norhanom dan rakan-rakan dalam jurnal bertajuk “Aktiviti Anti-Tumor dalam Ulam Tempatan” pada tahun 1998.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan