Rabu, 3 Mac 2010

Pengajaran

“ Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptkan kamu secara main-main ( saja) dan bahawa kamu tidak akan di kembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenar, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) ‘ Arasy yang mulia”.
( Surah Al-Mu’minun 23: Ayat 115-116 )

Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

Rentetan daripada kisah khasiat jering :

Berdasarkan maksud surah di atas, dapat kita fahami bahawa setiap penciptaan Allah itu bukanlah sia-sia. Setiap perkara atau apa sahaja yang di ciptakan oleh Allah semuanya mempunyai sebab yang tersendiri dan mempunyai kepentingannya. Begitu juga dengan suruhan dan larangan Allah di mana setiap apa yang Allah suruh dan larang itu ada sebabnya. Saya mengambil kisah khasiat jering, seperti yang saya terangkan, jering mempunyai pelbagai khasiat yang kita sendiri tidak tahu dan mungkin tidak pernah sekali pun terfikir akan kebaikannya. Ibrah yang kita dapat daripada kisah ini ialah kita hendaklah sentiasa memikirkan hikmah di sebalik kejadian Allah. Dan penciptaan Allah yang paling besar ialah Allah menciptakan kita sebagai manusia yang di berikan akal untuk berfikir. Pernahkah kita terfikir bahawa kita adalah penciptaan Allah yang paling agung? Kita hanya berfikir mengapa kita di lahirkan dan apakah tujuan kita di dunia ini. Cubalah kita renungkan pasti ada hikmah mengapa Allah mencipta kita dan menghantar kita di dunia. Renung-renungkan………….
KATA-KATA PERANGSANG

Bila dirimu letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa dirimu telah sedaya upaya mencuba, bila tangis dukamu berpanjangan, Allah telah mengira titis air matamu… bila dirimu rasa di tinggalkan Allah tetap setia di sisimu, bila dirimu telah mancuba sedaya segalanya tetapi tidak ketahuan tujuan, Allah punya penyelesaiannya, bila dirimu kecewa hingga semuanya tidak beerti buatmu, ingatlah Allah tetap menyayangimu, biar kita hilang segalanya, asal kita yakin janjinya.

Ya Allah jadikanlah sahabatku ini pejuang dakwah-Mu, dimana pun Kau campakkan diadi muka bumi-Mu, berilah dia kekuatan dan masukkanlah kedalam hatinya semangat jihad yang tinggi agar setiap sisa hidupnya berlalu dapat digunakan untuk berbakti pada agamamu, ya Allah kurniakanlah sahabatku ini kecerdasan akal dan kebijaksanaan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dibumi-Mu, masukkanlah dalam hatinya CINTA, RINDU dan TAKUT pada-Mu melebihi segala kenikmatan di dunia yang semestara ini. Izinkanlah ya Allah untuk dia manjadi pejuang mujahid pemegang panji-panji islam dan mudahkanlah segala urusan dunianya..Allahumma Amin.

Info Sains

JERING

Jika kita mendengar perkataan di atas, semestinya kita akan berfikir tentang makanan. Selain itu, kita juga akan mengaitkan jering dengan petai kerana kedua-duanya berada di dalam satu keluarga iaitu ulam-ulam yang popular di Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan kampung. Bagi sesetengah individu, dia menjadikan jering ini sebagai ulam kegemarannya. Tetapi ada juga masyarakat kita pada hari ini tidak mengenali apa itu jering khusunya anak-anak muda pada masa ini kerana mungkin di sebabkan persekitaran mereka yang tidak di dedahkan dengan ulam-ulam kampung.

Apabila kita mendengar ulam jering, mungkin sesetengah individu tidak pernah terfikir akan kelebihan jering kerana kita terlalu memandang keburukan pada jering. Sebagai contoh, mulut kita berbau apabila memakannya. Diri saya sendiri juga tidak terlintas untuk berfikir akan kelebihan yang ada pada Jering. Tetapi apabila saya membaca satu artikel di dalam Majalah Sains dan Teknologi (KOSMIK) keluaran November 2009, barulah saya tahu banyak kelebihan yang ada pada Jering.

Maklumat ini saya ambil dari majalah tersebut : Tulisan Mohd Nasir Mat Nor
Nama saintifik bagi Jering ialah Pithecellobium jiringa (jack) Prain berasal dari family Fabaceae, iaitu seangkatan dengan petai, turi dan kacang botor.
Kelebihan :
· Pada masa dahulu jering amat berguna kepada industru batik dan sutera tempatan. Hal demikian kerana ia merupakan sumber pewarna ungu semula jadi bagi mewarnakan kain. Namun sekarang ia telah diganti dengan pewarna tiruan.
· Daun jering yang telah tua amat berguna bagi merawat penyakit kulit dengan cara menumbuk lumat lalu dilumurkan di tempat yang berpenyakit tersebut.
· Biji jering di makan mentah sebagai ulam dan air rebusan jering juga di percayai mujarab bagi merawat tekanan darah tinggi dan kencing manis. Tetapi jika makan secara berlebihan ia akan mengakibatkan kesukaran membuang air kencing.


Menurut kajian yang telah dibuat oleh Lee dan pasukan penyelidikannya pada tahun 1999 yang di terbitkan dalam jurnal Fitokimia, kandungan sebatian utamanya ialah Flavan-3-ol-galat, galokatekin dan galokatekin3. Sebatian kimia ini dikenal pasti selepas menjalani ujian data Resonans Magnetik Nuklear ( NM), Inframerah (IR), Titik Peleburan, Ultra Ungu (UV) dan Spektrometri Jisim sebelum ujian seterusnya di jalankan telah terbukti secara tradisional dan saintifik keberkesanannya mencegah penyakit.

Dalam kajian antioksidan yang di lakukan oleh Vimala dan pasukan penyelidikannya pada tahun 1999 yang bertajuk “Aktiviti Antioksidan dalam Tumbuhan Perubatan dan Produk terpilih” mendapati ektrak methanol jering menunjukkan aktiviti antioksidan yang tinggi berbanding dengan ekstrak etanol dengan menggunakan kaedah penyingkiran super oksida. Kajian ini membuktikan bahawa jering mempunyaii nilai dalam aktiviti antioksidan dan ekstrak ini berupaya dikomersialkan dan mampu bersaing dengan antioksidan sintetik yang mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Selain itu dalam kajian antikanser pula ke atas sel, Raji dan KB mendapati ekstrak methanol menunjukkan aktiviti yang tinggi dalam melawan kanser daripada terus merebak. Kajian ini telah dijalankan oleh Norhanom dan rakan-rakan dalam jurnal bertajuk “Aktiviti Anti-Tumor dalam Ulam Tempatan” pada tahun 1998.

Diri Saya

Blog ini merupakan blog kedua saya di dalam tahun ini. Blog pertama saya terdapat beberapa masalah teknikal dan saya mengharapkan blog kedua ini lebih baik dari yang pertama. Apa pun yang pertama merupakan pengajaran bagi yang kedua dan seterusnya. Blog ini merupakan salah satu daripada tugasan dalam subjek Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling semester 6. Walaupun ini adalah satu daripada tugasan yang perlu saya siapkan tetapi blog ini merupakan jalan utama untuk saya mendekatkan diri dengan pelajar dan memperbaiki diri saya. Seperti yang kita tahu, blog adalah salah satu kaedah untuk kita menyebarkan maklumat dan perkongsian idea. Saya akan cuba untuk memanfaatkan blog ini untuk kegunaan umum.